Aktiviti Golf
Persatuan Golf Negeri Perlis komited untuk mempromosikan sukan golf di peringkat tempatan dan kebangsaan melalui pelbagai aktiviti dan kejohanan tahunan. Dari program pembangunan bakat hingga kejohanan kompetitif, kami menyediakan platform yang sesuai untuk golfer dari semua peringkat umur dan kemahiran untuk berkembang dan bersaing. Kami amat berharap agar dapat menghasilkan pemain golf muda yang berdaya saing di peringkat negeri dan kebangsaan, serta membina generasi yang aktif, sihat dan berdisiplin
Pembangunan Golf
Pembangunan sukan golf di Negeri Perlis menjadi teras utama kepada penubuhan Persatuan Golf Negeri Perlis. Melalui pelan pembangunan yang tersusun, kami berusaha untuk memperkenalkan dan memasyarakatkan sukan golf bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat remaja. Inisiatif ini merangkumi program latihan asas, klinik golf, kem cuti sekolah, serta pengenalan golf ke sekolah-sekolah melalui kerjasama strategik dengan Kelab Golf Putra (KGP), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Perlis, pihak sekolah, dan agensi-agensi kerajaan. Kami turut menyediakan bimbingan daripada jurulatih bertauliah serta kemudahan latihan yang sesuai bagi membantu peserta mengenali sukan ini secara lebih dekat dan menyeluruh. Matlamat utama kami adalah untuk mencungkil bakat baharu, membentuk pemain yang berdisiplin dan kompetitif, serta menyediakan laluan yang jelas ke arah penglibatan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Apa yang kami tawarkan:
Latihan Asas Golf untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
Klinik Golf Bulanan
Program Cuti Sekolah dengan jurulatih berpengalaman
Pengenalan Golf ke Sekolah-Sekolah Terpilih
Penajaan Peralatan dan Bimbingan Percuma bagi peserta terpilih
Kejohanan Golf
Persatuan Golf Negeri Perlis komited dalam menganjurkan pelbagai kejohanan golf sepanjang tahun sebagai platform pembangunan bakat dan galakan penyertaan sukan golf di peringkat akar umbi. Kejohanan utama yang menjadi acara tahunan paling berprestij ialah Kejohanan Golf Piala Tan Sri Radzi, yang menghimpunkan pemain-pemain berbakat dari pelbagai peringkat untuk bersaing secara profesional dalam suasana penuh semangat kesukanan.
Selain itu, kejohanan seperti Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis dikhususkan kepada golongan remaja sebagai medan untuk mengasah bakat, membina keyakinan diri dan mempersiapkan mereka ke peringkat lebih tinggi. Bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu, pertandingan berkala seperti Quarterly Youth Golf Challenge serta Mini Golf Games peringkat sekolah turut diperkenalkan. Kesemua kejohanan ini direka khas mengikut keperluan kumpulan sasar dan bertujuan memperluaskan penyertaan, merakyatkan sukan golf serta melahirkan generasi pelapis yang berpotensi tinggi di Negeri Perlis.
Antara kejohanan yang kami anjurkan:
Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis
Pertandingan Bulanan/Quarterly Youth Golf Challenge
Mini Golf Games peringkat sekolah
Kejohanan Amal & Golf Keluarga
Galeri Aktiviti
Lihat gambar-gambar kejohanan dan aktiviti golf di Perlis.








PENDAFTARAN KEJOHANAN GOLF
BERMINAT?
TEMPAT ADALAH TERHAD.
SILA DAFTAR SEGERA!