Persatuan Golf Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Kelab Golf Putra, Perlis akan menganjurkan Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis 2025 pada 18 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Kelab Golf Putra, Kangar, Perlis.
Kejohanan ini terbuka kepada semua remaja berusia bawah 21 tahun, merangkumi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej komuniti, politeknik, universiti serta anak-anak muda Perlis yang berminat untuk menyertai sukan golf. Yuran penyertaan hanyalah RM30 dan pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan Google Form yang disediakan. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp di 019-4747421
Kategori Penyertaan
Kejohanan ini akan dibahagikan mengikut kategori berikut:
Bawah 21 Tahun – Lelaki & Perempuan
Bawah 16 Tahun – Lelaki & Perempuan
Bawah 12 Tahun – Lelaki & Perempuan
Hadiah & Penghargaan
Pemenang setiap kategori akan menerima medal, sijil dan hadiah iringan.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
Aktiviti Sampingan
Selain kejohanan utama, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bagi memeriahkan suasana, antaranya:
Orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan serta memeriahkan lagi kejohanan ini.




Cara Membuat Pembayaran & Pendaftaran


Untuk menyertai Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis 2025, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Buat Pembayaran Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan ialah RM30 sahaja.
Sila buat pembayaran melalui eWallet Touch ’n Go dengan mengimbas QR Code yang disediakan di bawah.
Pastikan anda menyimpan resit pembayaran (screenshot atau PDF) sebagai bukti.
Langkah 2: Isi Borang Pendaftaran
Tekan butang “Sila Daftar Di Sini” yang terdapat di laman ini untuk mengisi borang pendaftaran secara atas talian (Google Form).
Isikan semua maklumat peribadi yang diperlukan.
Langkah 3: Muat Naik Resit Pembayaran
Di dalam borang pendaftaran, sila muat naik resit pembayaran (screenshot atau PDF).
Pendaftaran anda hanya akan diproses selepas resit bayaran dimuat naik.
Langkah 4: Pengesahan Penyertaan
Pihak Urusetia Kejohanan akan menyemak pembayaran dan maklumat anda.
Pengesahan penyertaan akan dihantar melalui WhatsApp dan e-mel dalam tempoh 48 jam selepas pendaftaran dibuat.

