PENGENALAN
Persatuan Golf Negeri Perlis (GOLF PERLIS) telah mendapat kelulusan rasmi pendaftarannya daripada Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 12 Februari 2025 di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, dengan nombor pendaftaran N-PLS-15435. Persatuan ini juga telah berdaftar secara rasmi sebagai ahli bersekutu dengan Malaysian Golf Association (MGA).
Penubuhan persatuan ini adalah sebagai platform rasmi bagi pembangunan dan pengurusan sukan golf di Negeri Perlis, dengan penglibatan menyeluruh daripada pemain, ibu bapa, kelab golf serta pelbagai pihak berkepentingan.


Visi dan Misi
Visi
Menjadikan Negeri Perlis sebagai pusat pembangunan bakat golf yang melahirkan pemain berprestasi tinggi serta memperkukuh kedudukan golf sebagai sukan berprestij dan inklusif di Malaysia.
Misi
Membina ekosistem pembangunan golf yang sistematik dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat profesional.
Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti golf sebagai gaya hidup sihat dan berdisiplin.
Menyediakan platform pertandingan dan program pembangunan bakat untuk atlet pelapis.
Memupuk kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, kerajaan, kelab golf dan badan sukan bagi memperkukuh pembangunan golf di Negeri Perlis.
KEAHLIAN
Keahlian
Keahlian Persatuan Golf Negeri Perlis adalah terbuka kepada semua rakyat Perlis yang berminat dengan sukan golf, sama ada pemain berdaftar, bakal pemain atau ibu bapa yang mahu memupuk minat anak-anak mereka.
Kategori keahlian terdiri daripada:
Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin di Negeri Perlis, berumur 18 tahun ke atas.
Ahli Bersekutu: Terbuka kepada individu berumur 7 tahun ke atas, dengan penekanan kepada golongan remaja sebagai kumpulan fokus untuk digilap bakatnya ke arah menjadi pemain profesional.
Ahli Gabungan: Terhad kepada kelab golf, yayasan atau pertubuhan berdaftar yang mempunyai padang golf sekurang-kurangnya 9 lubang dan menjadikan aktiviti golf sebagai aktiviti utama.
STRUKTUR ORGANISASI
Persatuan Golf Negeri Perlis diketuai oleh seorang Presiden, dibantu oleh Timbalan Presiden, yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Struktur utama adalah seperti berikut:
Presiden – Dilantik melalui AGM
Timbalan Presiden – Dilantik melalui AGM
Naib Presiden I – Exco Sukan, Kerajaan Negeri Perlis (lantikan automatik)
Naib Presiden II – Kapten Kelab Golf Putra (lantikan automatik)
Setiausaha & Bendahari – Dilantik oleh Presiden
Ahli Jawatankuasa (5 orang) – Dipilih melalui AGM
Struktur ini dibentuk bagi memastikan kepimpinan persatuan merangkumi wakil-wakil utama daripada kerajaan negeri, kelab golf serta komuniti pemain.
AKTIVITI
Bagi mencapai objektif penubuhannya, Persatuan Golf Negeri Perlis telah merancang pelbagai program dan kejohanan tahunan, antaranya:
Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis
Kejohanan Golf Piala Tan Sri Radzi
Monthly Medal Piala Timbalan Presiden
Klinik Golf untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
Kursus Pengadil Golf untuk guru-guru sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis




KERJASAMA STRATEGIK
Persatuan Golf Negeri Perlis kini sedang memuktamadkan kerjasama rasmi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri telah dikenalpasti untuk menjadi rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan bakat golf di peringkat sekolah rendah dan menengah.


IDENTITI PERSATUAN
LOGO RASMI PERSATUAN
Alamat Rasmi
LOT 1573, BUKIT BESI HANGIT, JALAN RAJA MUDA, 01000 KANGAR, PERLIS
SALURAN RASMI
Email rasmi: perlis.golf@gmail.com


Laman web Golf Perlis sangat informatif dan membantu dalam mengetahui aktiviti golf di negeri Perlis. Tahniah!
Ahmad Z.
Saya sangat teruja dengan adanya Persatuan Golf Negeri Perlis yang diharap akan dapat dijadikan payung kepada bakal pelapis pemain golf negara
Siti M.