🌱 Program Pembangunan Bakat Muda Golf Perlis 2025–2027

Persatuan Golf Negeri Perlis berazam untuk membina generasi emas golfer tempatan melalui pelancaran Program Pembangunan Bakat Muda Golf Perlis 2025–2027 — satu inisiatif strategik jangka panjang yang bertujuan mengenal pasti, melatih, dan memperkasa bakat-bakat muda negeri ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Program ini merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang persatuan untuk menjadikan Perlis sebagai hab sukan golf yang dinamik dan kompetitif di peringkat kebangsaan, dengan fokus utama terhadap pembangunan usaha murni, disiplin, dan kecemerlangan teknikal dalam kalangan golfer muda.

🎯OBJEKTIF PROGRAM
  • Mengenal pasti bakat golf berpotensi tinggi dalam kalangan pelajar dan belia berumur 10–18 tahun di seluruh Perlis.

  • Memberi latihan sistematik dan bimbingan oleh jurulatih berkelayakan dan berdaftar.

  • Menyediakan akses kepada kemudahan latihan, peralatan asas, dan penyertaan dalam pertandingan tempatan & kebangsaan.

  • Membina jaringan kolaborasi dengan sekolah, kelab golf, dan akademi sukan negeri.

  • Menyokong golfer muda untuk mewakili Perlis dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan acara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysian Golf Association (MGA).

📅 Fasa Pelaksanaan (2025–2027)
FASA 1: PENGENALAN & PENGESANAN BAKAT (2025)
  • Kempen “Golf for Schools” di 15 sekolah menengah dan rendah pilihan.

  • Ujian kecergasan asas, koordinasi, dan minat sukan golf.

  • Pemilihan 30 bakat awal berdasarkan potensi fizikal, mental, dan komitmen.

  • Bengkel pengenalan golf percuma untuk pelajar dan ibu bapa.

FASA 2: PROGRAM LATIHAN BERSTUKTUR & PEMANTAUAN (2026)
  • Penubuhan Akademi Golf Junior Perlis di Padang Golf Perlis.

  • Latihan mingguan (teknik, taktik, kesihatan, disiplin mental).

  • Penilaian berkala oleh panel jurulatih kebangsaan.

  • Penyertaan dalam 4 pertandingan junior sepanjang tahun.

  • Bimbingan karier sukan & sokongan akademik.

FASA 3: PROGRAM PEMANTAPAN & PERSEDIAAN KEJUARAAN (2027)
  • Pemilihan 12 golfer terbaik untuk skuad utama junior Perlis.

  • Latihan intensif menjelang SUKMA dan Kejohanan Golf Kebangsaan.

  • Program anjakan (mentoring) bersama golfer senior dan atlet elit.

  • Penilaian prestasi akhir dan peluang sertai skuad kebangsaan MGA.

🤝 SOKONGAN & KOLABORASI

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama:

  • Kelab Golf Putra, Perlis

  • Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

  • Jabatan Belia Negeri Perlis

  • MSN Negeri Perlis

  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

  • Malaysia Golf Association (MGA)

🏆 JANGKAAN HASIL
  • Sekurang-kurangnya 3 golfer junior Perlis layak ke SUKMA 2026 dan 2028.

  • Penubuhan sistem pembangunan golf berterusan di peringkat sekolah dan komuniti.

  • Peningkatan kesedaran dan penyertaan masyarakat terhadap sukan golf.

  • Perlis dikenali sebagai negeri dengan program pembangunan golf junior yang inklusif dan berkesan.